Search

Thursday, 12 October 2017

Resipi: Patin Masak Tempoyak Sedap dan Mudah

Bismillah.

Petang tadi encik suami minta aku masakkan dia patin masak tempoyak. Terus sahaja kami ke pasar basah yang berdekatan untuk dapatkan bahan-bahannya. Alhamdulillah, bahan utamanya ikan patin dan tempoyak ada.

Ok, ni adalah bahan-bahannya. Berapa banyak setiap bahan-bahan adalah anggaran sahaja.

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ikan patin (anggaran berat seekor 1kg)
4 biji cili padi-ditumbuk
2 biji cili besar-ditumbuk
1/2 inci kunyit hidup-ditumbuk
1 sudu besar serbuk kunyit
3 batang serai-diketuk
Seiikat daun kesum
Tempoyak
Secubit garam
Secubit gula

Masa mula-mula kahwin dulu aku tak berapa pandai masak. Aku masak asam pedas daun kesum tu semua aku bedal masuk dalam periuk. Dengan batang-batang sekali. Sebabnya aku suka daun kesum. Kene tegur dengan encik suami. Hahaha. Malu. 

Ok berbalik pada resipi tadi, mula-mula basuh ikan patin hingga hilang baunya.  Ada yang basuh dengan asam jawa, atau limau nipis. Semua boleh. Ikan patin sangkar ni baunya agak kuat. Sebab tu aku akan cari ikan patin sungai. Baunya tak kuat. Ikan patin tadi dipotong, tos, dan ketepikan.

Cili padi, cili besar, kunyit hidup, ditumbuk. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan tempoyak. Kemudiannya perap bahan ini dengan ikan. Pertama untuk buang bau hanyir. Kedua supaya bahan-bahan ini menyerap kedalam ikan. Perap lebih kurang 30 minit.

Dah cukup 30 minit, dah boleh mula masak. Masukkan sedikit air ke dalam bahan perapan dan ikan tadi. Agak-agak dah mendidih masukkan sedikit lagi air, serai, dan daun kesum. Biarkan masak selama 30 minit.

Ikan dah masak, bau pun dah naik, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Ok siap, boleh dihidangkan.

Tak sempat nak ambil gambar, gambar ini sahaja yang ada.



Alhamdulillah. Puas hati.

Sedap dan berbaloi-baloi. Mudah. Selamat mencuba.


Till then,
xoxo


Wednesday, 11 October 2017

Sesat.

Sesat sampai ke sini.

STATE LAND -reserved for future development.

'Gabra' masa ni jangan cakaplah. Cepat-cepat minta Sakinah buat U-turn. Dalam otak ni dah fikir macam-macam. Kene tembaklah, kene tangkaplah. Hahaha.

Tapi sebenarnya tak ada apa-apa. Sebab dah sesat, jadi kerisauan tu melampau sikit.
.
.
.
.
Walau beberapa kali lalu laluan yang sama, alhamdulillah kami selamat sampai di tapak Huogang dengan selamatnya.😊

Sunday, 8 October 2017

Current Life

Bismillah.


Sejak kebelakangan ni aku sangat sibuk dengan kerja hakiki aku. Dan saat ini pada hari Ahad nan indah ini aku sedang berada di pejabat menyiapkan kerja-kerja yang tak sempat disiapkan pada minggu lalu.


Kadang-kadang terlintas difikiran adakah aku terlalu mengejar duniawi? Kenapa kerja hakiki ini menuntut terlalu banyak perhatianku berbanding perkara lain? Sehinggakan aku tidak punya masa untuk aktiviti yang lain. Aku tak suka beralasan tak ada masa, tak cukup masa, sedangkan Allah memberi masa dan waktu yang sama untuk makhluknya. Aku marah dengan diri aku sendiri. Marah sangat. Please, go find another reason!


Apabila siang harinya aku penat, malamnya aku sudah tidak mampu untuk buat apa-apa lagi. Badan dan fikiranku menuntut masa rehatnya. Sudah 3 bulan aku begini. Aku selalu bagitahu diri aku be strong, be patient. The storm will pass. Yes, the storm will pass. Just wait. Keep calm.

.
.
.
.
.
But, when? Whenn? Wheeennnn???? Dramatic sungguh perasaan ini.



Aku sangat iri hati dengan teman-teman yang berkerjaya sebagai Surirumah. Aku sangat menyanjung tinggi kerjaya ini. Aku tahu bukan mudah untuk menjadi seorang surirumah, semuanya menuntut pengorbanan. Tapi sekurang-kurangnya aku ada masa untuk keluarga. Hanya dengan membayangkannya sudah cukup untuk buat aku bahagia.




Sebagai penutup, nah, terimalah gambar-gambar yang membuatku bahagia hanya dengan menatapnya.








Dengarnya dah pandai merajuk sekarang. Nanti lari laju-laju, kemudian nangis kuat-kuat. Pandai.








Baby Harraz pun dah pandai meniarap dan juga sudah mula bermain air liur.  Hahaha


Walau bagaimanapun kedua-duanya sangat menawan hatiku. Rindu yang tak terperi. 



Till then,
xoxo,
bakal surirumah yang bahagia =)