Search

Thursday, 8 September 2016

Rezeki Halal

Semalam pertama kali dalam sejarah pekerjaan aku, ada beberapa staff kena suspended for further investigation. Terkejut. Ya. Kerana mereka adalah orang kepercayaan.

Kenapa? Aku fikir mungkin kerana ekonomi negara tidak begitu baik dan menjejaskan ekonomi keluarga. Tapi dengan berbuat demikian tidaklah aku tengok mereka hidup dengan senang lenangnya. Masih juga meminjam sini sana walau hasil pekerjaan hitam itu lumayan.

Pesanan buat para suami. Ingat, rezeki untuk anak isteri mestilah halal. Daripada rezeki yang tak halal ni macam-macam boleh terjadi. Masalah anak degil, keruntuhan rumah tangga, masalah kewangan yang sentiasa tak cukup, dan banyak lagi kalau hendak dinyatakan. Sentiasalah berusaha mencari rezeki yang berkat. InsyaAllah, ada rezeki untuk kita. Cuma perlu yakin dan percaya.





Bukan tempat kerja aku, tapi ini bidang yang aku ceburi (sighh.. moga cita-cita aku untuk jadi suri rumah  kesampaian. Aminn)



Till then. xoxo

No comments:

Post a Comment