Search

Monday, 10 October 2016

Berita Gembira


Wajah-wajah kesayangan hati.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kita masih bernafas di bumi Allah ini. Allah masih kurniakan kesihatan yang baik untuk kita meneruskan ibadah dan tanggungjawab kita kepada Allah.

Cuba teka apa berita yang menggembirakan hati tu??

.

.

.

.

She is pregnant! Who? My lovely sister! Hazirah.

Syukur, alhamdulillah. Satu perasaan yang sangat sukar untuk digambarkan. Terharu dan sebak. Jika Allah sudah catatkan rezeki kita, insyaAllah akan tetap milik kami. Aku yakin dan percaya akan ada rezeki untuk kami suatu hari nanti. Doa, usaha, dan tawakal. Insyaallah ada rezekinya. Mesti yakin dan percaya. Mesti.

Emak dah bagi kata-kata perangsang pada aku awal-awal. Aku rasa emak bimbangkan aku. Mungkin risau yang aku akan bersedih. Tapi mak jangan risaulah. Anak emak ni sangat berlapang dada. Percaya anakandamu ini. Ehemm.. Apa yang jadi semua ada hikmahnya. InsyaAllah ada rezeki buat kami suami isteri. Jika Allah tetapkan tiada, kami masih lagi dapat menumpang kasih sayang anak buah yang comel-comel itu.

Menurut doktor, kandungan adikku berada sedikit ke bawah. Mak aku tak galakkan dia berjalan jauh dan buat kerja-kerja berat. Oleh kerana sayang, aku sediakan sambal kering ikan bilis bimbang dia naik turun tangga tinggi-tinggi.

Nah, resepi mudah versi aku.

Bawang merah/besar - 3 biji (dikisar)
Bawang putih - 2 biji (dikisar)
Cili giling/kering - Sesuka hati/ ikut kepedasan
Kacang tanah - Sesuka hati (Aku suka banyak)
Ikan bilis - Sesuka hati (Pun aku suka banyak)
Garam - Secukup rasa
Gula - Secukup rasa


Kacang digoreng garing



Ikan bilis ini pun digoreng garing



 Tumis cili giling/lada kering. Kemudiannya masukkan bawang yang telah dikisar tadi. Tumis sampai naik minyak. (Aku suka masukkan sedikit kicap).

Agak-agak dah naik minyak, perasakan dengan gula dan garam. Tumis lama sikit supaya tahan lama.



Dah siap, tutup api dan sejukkan sebelum masukkan ikan bilis dan kacang. Kenapa kena sejukkan dulu? Sebab kalau ikan bilis dan kacang dimasukkan ketika panas, akan jadi lemau. Aku suka yang rangup tak suka yang lemau.

Dah siap. Boleh makan dengan nasi dan roti. Sedap. (Walaupun gambarnya tak cantik, tapi rasanya boleh buatkan kita ketagih) sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan. hehehe =)

Senangkan?

Nah, untuk kamu. Semoga adikku Hazirah dan kandungannya sihat.

Till then, xoxo

No comments:

Post a Comment