Search

Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Tuesday, 20 June 2017

Raya. Yeay!

Bismillah.

Hari ini adalah hari terakhir aku bekerja sebelum cuti raya. Jika diizinkan Allah, malam esok aku akan berada di Terengganu bersama kesayangan-kesayangan aku. Alhamdulillah.

Kerja banyak, dan berlambak-lambak. Mana yang aku boleh selesaikan dulu, aku selesaikan. Kasihan pada Sakinah. Pasti tak menang tangan. Tambah pula nak melayan kerenah orang atasan yang sangat suka menekan. Semoga dia baik-baik saja sepanjang ketiadaanku nanti.

Persiapan raya tak semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Aku hanya sediakan sehelai jubah untuk diriku dan sehelai kemeja untuk suamiku. Itu sahaja. Dah tua-tua macam ni tak se'excited' mana. Masalahnya pula warna baju kami berdua berbeza. Tengoklah nanti. Walaupun dah tua ni, baju kalau boleh nak sedondon. Kihkihkih.

Ingat tak entry aku yang ini tentang berita gembira? Adikku Hazirah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang hensem comel dengan berat 2.68kg. Syukur, bayi membesar dengan sihat dan semoga anak buah cik ngah yang baru ni menjadi anak yang soleh untuk agama dan ibu bapanya.

Harraz berjemur

Ya Allah, semoga kami juga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Aaminn. Kena cepat-cepat ni, encik suami dah sampai. Dah nak balik. Yeay!!

Jumpa lagi.
Love.

Saturday, 27 May 2017

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Bismillah.

Hari ini hari pertama kita menyambut bulan Ramadhan. Semoga setiap apa yang dilakukan adalah ibadah dan dapatlah kita rebut sebanyak-banyaknya saham untuk akhirat kelak.

Masih ingat tentang adikku Hazirah? Sekarang, hari ini, dia dah dimasukkan ke hospital. Contraction dah ada. Tapi buat detik ini masih lagi di tahan di wad. Belum ke labour room lagi. Semoga ibu dan bayi selamat. Dapatlah baby Ramadhan. In shaa Allah. Aaminn.


Thursday, 4 May 2017

Divorce

Bismillah.

Ngeri kan dengar perkataan ini. Yang rasa sengsara hanyalah tuan badan yang mengalaminya. Kadang-kadang ini adalah penyelesaian yang terbaik buat diri kita. Tapi ingat, Allah tak suka orang yang bercerai-berai ini.

Apa yang perlu kita buat jika ini adalah penyelesaian terbaik? Paling utama, jangan fikir dunia kita sudah berakhir. End the chapter and we start new chapter. Jangan fikir apa yang orang akan cakap. Sebab  orang tu tak berada dalam situasi kita. Mulakan hidup baru dengan suasana baru. Tinggalkan perkara yang menyakitkan kita. Carilah kebahagiaan baru. Audit diri kita. Kenapa aku macam ni. Kenapa ini yang berlaku. Tanya diri kita. Tengok balik hubungan kita dengan Allah. Solat kita cukup tak? Apa yang Allah larang dan suruh tu aku buat tak?

Kenapa terkeluar topik ini? Sebab ada beberapa orang sahabat saya yang telah bercerai dalam usia muda. Kagum dengan mereka kerana berani membuat keputusan untuk diri dan anak-anak. Kadang-kadang kita mengeluh kenapa kita belum dikurniakan anak. Jika ini yang terjadi kepada kita, sekurang-kurangnya anak-anak kita tidak terluka dengan perpisahan ibu bapanya. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah adalah sebaik-baik perancang.

Sekarang, seorang sahabat saya dalam proses perceraian dengan suaminya. Bayangkan saat dia mengandung anak kedua, dapat tahu suaminya telah berkahwin lain. Sedangkan dia sanggup mengambil upah ikat besi hanya semata-mata untuk membeli keperluan anak-anak. Si suami dengan alasan kursus atau outstation selama berbulan-bulan tidak pernah memberi nafkah anak, rupanya bahagia dengan perempuan lain. Hati isteri mana yang tak sedih, tidak cukup dengan itu, dapat pula panggilan telefon yang mengatakan dia sudah bersama dengan suami dia tanpa ikatan yang sah. Sahabat saya ini masih memberi peluang buat suaminya demi anak-anak. Tapi si suami memang tidak menghargai peluang yang diberi tu, hilang tanpa khabar berita. Tiba-tiba telefon si isteri hanya untuk minta duit. Tabahnya sahabat saya ini. Ya Allah. Ditambah pula keluarga si suami salahkan sahabat saya yang katanya sahabat saya ni tidak pernah memberi peluang suaminya itu berjumpa anak-anak. Padahal, telefon tanya khabar pun tak pernah. Ya Allah, semoga sahabat saya itu terus tabah menghadapi segala cabaran. Semoga rezeki awak dan anak-anak melimpah ruah.

Jangan takut untuk mulakan hidup baru. Jangan meratap bersedih dengan perpisahan yang memberi 1001 luka dan duka. Be brave. Stand up for yourself!

Saya doakan insan-insan disekeliling saya dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan dan di bawah lindungan rahmat Allah selalu.

Maaf, ayat saya berterabur. Masih geram.

Salah satu gambar ketika majlis perkahwinan kakakku. Pink. Sekurang-kurangnya tengok gambar mereka menyejukkan hati ini. xoxo




Love,
Pn Nurul



Monday, 10 October 2016

Berita Gembira


Wajah-wajah kesayangan hati.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kita masih bernafas di bumi Allah ini. Allah masih kurniakan kesihatan yang baik untuk kita meneruskan ibadah dan tanggungjawab kita kepada Allah.

Cuba teka apa berita yang menggembirakan hati tu??

.

.

.

.

She is pregnant! Who? My lovely sister! Hazirah.

Syukur, alhamdulillah. Satu perasaan yang sangat sukar untuk digambarkan. Terharu dan sebak. Jika Allah sudah catatkan rezeki kita, insyaAllah akan tetap milik kami. Aku yakin dan percaya akan ada rezeki untuk kami suatu hari nanti. Doa, usaha, dan tawakal. Insyaallah ada rezekinya. Mesti yakin dan percaya. Mesti.

Emak dah bagi kata-kata perangsang pada aku awal-awal. Aku rasa emak bimbangkan aku. Mungkin risau yang aku akan bersedih. Tapi mak jangan risaulah. Anak emak ni sangat berlapang dada. Percaya anakandamu ini. Ehemm.. Apa yang jadi semua ada hikmahnya. InsyaAllah ada rezeki buat kami suami isteri. Jika Allah tetapkan tiada, kami masih lagi dapat menumpang kasih sayang anak buah yang comel-comel itu.

Menurut doktor, kandungan adikku berada sedikit ke bawah. Mak aku tak galakkan dia berjalan jauh dan buat kerja-kerja berat. Oleh kerana sayang, aku sediakan sambal kering ikan bilis bimbang dia naik turun tangga tinggi-tinggi.

Nah, resepi mudah versi aku.

Bawang merah/besar - 3 biji (dikisar)
Bawang putih - 2 biji (dikisar)
Cili giling/kering - Sesuka hati/ ikut kepedasan
Kacang tanah - Sesuka hati (Aku suka banyak)
Ikan bilis - Sesuka hati (Pun aku suka banyak)
Garam - Secukup rasa
Gula - Secukup rasa


Kacang digoreng garing



Ikan bilis ini pun digoreng garing



 Tumis cili giling/lada kering. Kemudiannya masukkan bawang yang telah dikisar tadi. Tumis sampai naik minyak. (Aku suka masukkan sedikit kicap).

Agak-agak dah naik minyak, perasakan dengan gula dan garam. Tumis lama sikit supaya tahan lama.



Dah siap, tutup api dan sejukkan sebelum masukkan ikan bilis dan kacang. Kenapa kena sejukkan dulu? Sebab kalau ikan bilis dan kacang dimasukkan ketika panas, akan jadi lemau. Aku suka yang rangup tak suka yang lemau.

Dah siap. Boleh makan dengan nasi dan roti. Sedap. (Walaupun gambarnya tak cantik, tapi rasanya boleh buatkan kita ketagih) sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan. hehehe =)

Senangkan?

Nah, untuk kamu. Semoga adikku Hazirah dan kandungannya sihat.

Till then, xoxo

Tuesday, 6 September 2016

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi

Alhamdulillah. Pertama kali berada di sini.

Nothing much to say.

Saya sekarang dalam proses perjalanan untuk mendapatkan seorang anak. I am a PCOS. Sound familiar right? I believe many of us have infertility issue. It is really hurt when the doctor said hard for me to get a baby. Hope Allah give me strength to face all the hurdle come from Him.

But I believe Allah is good and better planner. Trust in Allah and we wont regret.

Till then xoxo