Ngeri kan dengar perkataan ini. Yang rasa sengsara hanyalah tuan badan yang mengalaminya. Kadang-kadang ini adalah penyelesaian yang terbaik buat diri kita. Tapi ingat, Allah tak suka orang yang bercerai-berai ini.
Apa yang perlu kita buat jika ini adalah penyelesaian terbaik? Paling utama, jangan fikir dunia kita sudah berakhir. End the chapter and we start new chapter. Jangan fikir apa yang orang akan cakap. Sebab orang tu tak berada dalam situasi kita. Mulakan hidup baru dengan suasana baru. Tinggalkan perkara yang menyakitkan kita. Carilah kebahagiaan baru. Audit diri kita. Kenapa aku macam ni. Kenapa ini yang berlaku. Tanya diri kita. Tengok balik hubungan kita dengan Allah. Solat kita cukup tak? Apa yang Allah larang dan suruh tu aku buat tak?
Kenapa terkeluar topik ini? Sebab ada beberapa orang sahabat saya yang telah bercerai dalam usia muda. Kagum dengan mereka kerana berani membuat keputusan untuk diri dan anak-anak. Kadang-kadang kita mengeluh kenapa kita belum dikurniakan anak. Jika ini yang terjadi kepada kita, sekurang-kurangnya anak-anak kita tidak terluka dengan perpisahan ibu bapanya. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah adalah sebaik-baik perancang.
Sekarang, seorang sahabat saya dalam proses perceraian dengan suaminya. Bayangkan saat dia mengandung anak kedua, dapat tahu suaminya telah berkahwin lain. Sedangkan dia sanggup mengambil upah ikat besi hanya semata-mata untuk membeli keperluan anak-anak. Si suami dengan alasan kursus atau outstation selama berbulan-bulan tidak pernah memberi nafkah anak, rupanya bahagia dengan perempuan lain. Hati isteri mana yang tak sedih, tidak cukup dengan itu, dapat pula panggilan telefon yang mengatakan dia sudah bersama dengan suami dia tanpa ikatan yang sah. Sahabat saya ini masih memberi peluang buat suaminya demi anak-anak. Tapi si suami memang tidak menghargai peluang yang diberi tu, hilang tanpa khabar berita. Tiba-tiba telefon si isteri hanya untuk minta duit. Tabahnya sahabat saya ini. Ya Allah. Ditambah pula keluarga si suami salahkan sahabat saya yang katanya sahabat saya ni tidak pernah memberi peluang suaminya itu berjumpa anak-anak. Padahal, telefon tanya khabar pun tak pernah. Ya Allah, semoga sahabat saya itu terus tabah menghadapi segala cabaran. Semoga rezeki awak dan anak-anak melimpah ruah.
Jangan takut untuk mulakan hidup baru. Jangan meratap bersedih dengan perpisahan yang memberi 1001 luka dan duka. Be brave. Stand up for yourself!
Saya doakan insan-insan disekeliling saya dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan dan di bawah lindungan rahmat Allah selalu.
Maaf, ayat saya berterabur. Masih geram.
Salah satu gambar ketika majlis perkahwinan kakakku. Pink. Sekurang-kurangnya tengok gambar mereka menyejukkan hati ini. xoxo
Love,
Pn Nurul

No comments:
Post a Comment