Search

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, 21 August 2017

Kerjaya atau Minat?

Bismillah.

Antara kerjaya atau minat, mana satu pilihan yang terbaik untuk kita?

Ya Allah, aku keliru.

Happy belated birthday sayang cik ngah. Comotnya awak bila makan kek. Rindu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Gambar ehsan dari group Whatsapp keluarga. 

Tuesday, 4 July 2017

Kembali Kepada Rutin Hidup

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Eh waaahh!

Lagu ni sentiasa dibibir aku tika bulan Syawal ini.

Alhamdulillah, termaktub dalam sejarah hidup aku sejak bekerja ni, raya kali ini aku bercuti panjang. Hampir dua minggu. Lama kan? Tapi tetap tak puas. Ya Allah seronoknya bila kita dikelilingi oleh orang kesayangan kita. Ya Allah, Engkau makbulkanlah cita-cita ku Ya Allah. Aku nak berkhidmat untuk mak dan ayah sehingga hujung nyawaku. Mereka tiada galang gantinya.

Aku sampai di bumi Johor ini pada hari Ahad (2 Jul 2017) lepas. Petang tu aku masih seperti biasa. Telefon orang tuaku supaya mereka tidak risau dan kami baik-baik saja. Tiada jammed seperti yang dirisaukan.

Aku sempat melelapkan mata untuk seketika. Penat, walaupun bukan aku yang memandu. Huu. Bangun dari tidur, hati aku sayu semacam. Tiada lagi gurau senda daripada adik beradik. Tiada lagi keletah anak buah kesayanganku Bahirah Husna, tiada lagi suara mak. Ya Allah. Sesungguhnya aku tak tahan menanggung rindu ini.

Malamnya, ayah menelefonku. Mula-mula dapatlah aku tahan sebak. Air mata dah menakung. Empangan dah hampir pecah. Aku terus berikan telefon pada suamiku. Malu. Dah besar panjang masih cengeng. Boo!

Rindu. Rindu. Rindu. Rindu sangat-sangat. Terlalu sayang. Aku tahu ayah dah boleh kesan aku menangis. Sebab tu bila telefon dikembalikan kepadaku, ayah tanya, kenapa menangis? Tanpa mereka, aku tak akan berada disini. Hati aku penuh dengan kasih sayang. Sebab, aku dikelilingi dengan orang yang berkasih sayang.

Semoga kalian berdua sentiasa gembira hingga ke hujung nyawa.


Bersama nenek sebelah ayah.

Gaduh tu biasa. Mana ada seronoknya kalau hubunga kita ni mendatar sahaja. Ada turun naiknya. Cuma buat apa dikenang perkara yang menyakitkan sedangkan perkara yang bahagia lagi banyak untu dikenang.

Sayang dan rindu sangat.
Anakmu

Tuesday, 20 June 2017

Raya. Yeay!

Bismillah.

Hari ini adalah hari terakhir aku bekerja sebelum cuti raya. Jika diizinkan Allah, malam esok aku akan berada di Terengganu bersama kesayangan-kesayangan aku. Alhamdulillah.

Kerja banyak, dan berlambak-lambak. Mana yang aku boleh selesaikan dulu, aku selesaikan. Kasihan pada Sakinah. Pasti tak menang tangan. Tambah pula nak melayan kerenah orang atasan yang sangat suka menekan. Semoga dia baik-baik saja sepanjang ketiadaanku nanti.

Persiapan raya tak semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Aku hanya sediakan sehelai jubah untuk diriku dan sehelai kemeja untuk suamiku. Itu sahaja. Dah tua-tua macam ni tak se'excited' mana. Masalahnya pula warna baju kami berdua berbeza. Tengoklah nanti. Walaupun dah tua ni, baju kalau boleh nak sedondon. Kihkihkih.

Ingat tak entry aku yang ini tentang berita gembira? Adikku Hazirah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang hensem comel dengan berat 2.68kg. Syukur, bayi membesar dengan sihat dan semoga anak buah cik ngah yang baru ni menjadi anak yang soleh untuk agama dan ibu bapanya.

Harraz berjemur

Ya Allah, semoga kami juga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Aaminn. Kena cepat-cepat ni, encik suami dah sampai. Dah nak balik. Yeay!!

Jumpa lagi.
Love.

Saturday, 27 May 2017

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Bismillah.

Hari ini hari pertama kita menyambut bulan Ramadhan. Semoga setiap apa yang dilakukan adalah ibadah dan dapatlah kita rebut sebanyak-banyaknya saham untuk akhirat kelak.

Masih ingat tentang adikku Hazirah? Sekarang, hari ini, dia dah dimasukkan ke hospital. Contraction dah ada. Tapi buat detik ini masih lagi di tahan di wad. Belum ke labour room lagi. Semoga ibu dan bayi selamat. Dapatlah baby Ramadhan. In shaa Allah. Aaminn.


Thursday, 4 May 2017

Divorce

Bismillah.

Ngeri kan dengar perkataan ini. Yang rasa sengsara hanyalah tuan badan yang mengalaminya. Kadang-kadang ini adalah penyelesaian yang terbaik buat diri kita. Tapi ingat, Allah tak suka orang yang bercerai-berai ini.

Apa yang perlu kita buat jika ini adalah penyelesaian terbaik? Paling utama, jangan fikir dunia kita sudah berakhir. End the chapter and we start new chapter. Jangan fikir apa yang orang akan cakap. Sebab  orang tu tak berada dalam situasi kita. Mulakan hidup baru dengan suasana baru. Tinggalkan perkara yang menyakitkan kita. Carilah kebahagiaan baru. Audit diri kita. Kenapa aku macam ni. Kenapa ini yang berlaku. Tanya diri kita. Tengok balik hubungan kita dengan Allah. Solat kita cukup tak? Apa yang Allah larang dan suruh tu aku buat tak?

Kenapa terkeluar topik ini? Sebab ada beberapa orang sahabat saya yang telah bercerai dalam usia muda. Kagum dengan mereka kerana berani membuat keputusan untuk diri dan anak-anak. Kadang-kadang kita mengeluh kenapa kita belum dikurniakan anak. Jika ini yang terjadi kepada kita, sekurang-kurangnya anak-anak kita tidak terluka dengan perpisahan ibu bapanya. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah adalah sebaik-baik perancang.

Sekarang, seorang sahabat saya dalam proses perceraian dengan suaminya. Bayangkan saat dia mengandung anak kedua, dapat tahu suaminya telah berkahwin lain. Sedangkan dia sanggup mengambil upah ikat besi hanya semata-mata untuk membeli keperluan anak-anak. Si suami dengan alasan kursus atau outstation selama berbulan-bulan tidak pernah memberi nafkah anak, rupanya bahagia dengan perempuan lain. Hati isteri mana yang tak sedih, tidak cukup dengan itu, dapat pula panggilan telefon yang mengatakan dia sudah bersama dengan suami dia tanpa ikatan yang sah. Sahabat saya ini masih memberi peluang buat suaminya demi anak-anak. Tapi si suami memang tidak menghargai peluang yang diberi tu, hilang tanpa khabar berita. Tiba-tiba telefon si isteri hanya untuk minta duit. Tabahnya sahabat saya ini. Ya Allah. Ditambah pula keluarga si suami salahkan sahabat saya yang katanya sahabat saya ni tidak pernah memberi peluang suaminya itu berjumpa anak-anak. Padahal, telefon tanya khabar pun tak pernah. Ya Allah, semoga sahabat saya itu terus tabah menghadapi segala cabaran. Semoga rezeki awak dan anak-anak melimpah ruah.

Jangan takut untuk mulakan hidup baru. Jangan meratap bersedih dengan perpisahan yang memberi 1001 luka dan duka. Be brave. Stand up for yourself!

Saya doakan insan-insan disekeliling saya dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan dan di bawah lindungan rahmat Allah selalu.

Maaf, ayat saya berterabur. Masih geram.

Salah satu gambar ketika majlis perkahwinan kakakku. Pink. Sekurang-kurangnya tengok gambar mereka menyejukkan hati ini. xoxo




Love,
Pn Nurul



Wednesday, 26 April 2017

Semoga semuanya dipermudahkan

Bismillah,

Saat ini mak, berada di salah satu wad di HUSM, Kubang Kerian Kelantan. Emak diberi rawatan iodin dan terpaksa bermalam di wad selama dua hari.

Saat ini juga aku berasa amat ralat. Ralat kerana tidak dapat menjaga emak seperti yang aku janjikan sebelum ini. Padahal waktu ini adalah saat-saat genting untuk emak. Sokongan daripada suami dan anak-anak amat berharga buat emak.

Emak perlu berpantang makan dan tidak boleh ada contact dengan orang lain sepanjang tempoh berpantangnya ini. Pemakanan emak ketika ini juga amat cerewet dan perlu dijaga sebaik mungkin supaya rawatan yang diberi ini mendapat impak positif.

Ya Allah, Engkau lindungilah ibuku Ya Allah. Ibu yang menjaga kami ketika kami dalam kandungannya sehinggalah saat ini. Kami sayang dia Ya Allah. Sembuhkanlah setiap penyakit yang ada padanya Ya Allah.

Allah memberi aku peluang untuk pulang ke kampung walau untuk tempoh dua hari. Emak aku lihat amat gembira dengan kehadiran anak-anaknya. Badannya sedikit susut. Mungkin kerana mak berpantang makan. Mak ada bercakap dengan adikku, alangkah baiknya kalau kak huda boleh cuti mula cuti sekarang. Ya Allah. Apa perlu aku buat Ya Allah.

Aku betul-betul ingin berbakti pada kedua orang tuaku. Permudahkanlah Ya Allah.



Love you so much,
Anakmu

Saturday, 22 April 2017

Balik Kampung. Yay!

Bismillah.

Jika diizinkan Allah, aku akan berada bersama keluarga yang tercinta pada esok hari (23/04/2017). Yahhuuuuu! Tiket dah ada, tunggu masa sahaja ni.

Ya Allah, hanya Allah tahu betapa aku rindu. Maaf abang, kekasihmu ini tidak dapat menemani hujung minggumu. Kekekeke *big smile". I am a happy girl right now. Eh, eh, jangan salah faham, bukan tak suka bersama suami, cuma really need my pills to keep me full of energy.

Dapat suami yang memahami memang membahagiakan. Terima kasih abang. Love you more and more. Banyaklah. Banyak sangat.



Susahnya nak cari gambar dia. Semua serius je. Abang, semoga kita tua bersama-sama. Dilimpahi dengan kasih sayang yang berpanjangan dan sentiasa di bawah rahmat Allah selalu. Terima kasih atas segalanya.


Till then,
xoxo



Thursday, 20 April 2017

Rindu

Alhamdulillah.

Aku dikelilingi dengan insan-insan yang sangat penyayang, baik hati, dan positif. Saat ini, aku sangat rindukan keluargaku. Mak, ayah, dan adik beradik.

Mereka adalah tunggak utamaku kekuatanku. Sekarang bateri tenagaku sudah habis. Nak kembali full, mesti kena balik kampung dulu jumpa mak ayah dan adik beradik. Lepas tu mesti energinya lain macam.


Mak dan ayah semasa majlis graduasi adikku Hanisah. Sungguh, bila menatap wajah mereka buat hatiku rapuh. Tersangat rindu. Bercakap melalui telefon setiap hari, atau sesekali video call, masih tidak mampu mengubat rasa rindu ini.

Melihat gambar mereka sudah buat air mataku bergenang. Orang tuaku ini selalu menyokong apa sahaja yang anak-anaknya suka. Tapi jika itu salah, kami pasti akan dinasihati.

Ya Allah, kau kurniakanlah kesihatan yang baik untuk mak dan ayahku, Ya Allah. Kurniakanlah kebahagiaan kepada mereka dunia akhirat. Ya Allah, kami tak mampu membalas jasa mereka Ya Allah, Engkau kurniakanlah juga kesenangan kepada mereka dengan melimpahkan rezeki yang melimpah ruah Ya Allah. Aku sayang mereka Ya Allah. Aku sayang sangat mereka Ya Allah. Semoga mereka sentiasa dibawah rahmatMu Ya Allah.

Pada 24/04/2017 mak akan menjalani rawatan untuk kesihatannya. Permudahkanlah Ya Allah, jangan disulitkan Ya Allah.


Sayang sangat,
Pn Nurul

Friday, 21 October 2016

Fri-yay!

Bismillah..

Dah lama aku tak mencoretkan kata-kata yang tak terkata kat sini. Hari ni Hari Jumaat. Yayy!!
Yay?? Bukankah sudah biasa berdepan dengan penghulu segala hari ini? Ermm..

Mak ayah dan dan adik beradikku akan ke sini aka rumahku esok (22/10/2016). InsyaAllah. Perkhabaran yang sangat menggembirakan bukan. Gembira hati bukan kepalang. Dapat melepaskan rindu dendam yang bertakung disanubari. Eceh.

Mereka datang untuk Majlis Konvokesyen adikku, Hidayati. Jadi untuk meraikan keluargaku yang sanggup datang ke sini, aku akan mengambil cuti pada hari Isnin dan Selasa. Yayy!! Family time.


Bahirah bersama Ateh, kembar kepada Hidayati. Oh. Rindu. Rindu. Nah ambik muah setepek.

Nak resepi yang senang sangat tak?

Ikan Masak Stim

2 ekor ikan bawal/siakap/ atau apa-apa ikan yang disukai. Semua boleh kecuali ikan air tawar
2 ulas bawang besar/merah dicincang dadu
3 ulas bawang putih dicincang dadu
2 biji cili dipotong-potong
8 atau beberapa jumlah kacang bendi
Sos ikan secukup rasa
1 biji lemon dihiris nipis
Garam sikit sebab sos ikan sudah masin

Semua bahan diatas dimasukkan ke dalam pengukus dan set selama 20 minit. Siap. Mudah bukan? Hidangkan dengan nasi panas-panas.


Masa ni saya masak ikan lain. Tapi sudah cukup sedap bagi kami. Bukan siakap atau bawal. Saya memang tak kenal jenis ikan. Semua ikan bagi saya sama saja rupanya. Betul-betul tak pandai nak bezakan. Tugas membeli ikan biasanya saya serahkan pada En Suami. Ehem. Sangat praktikal untuk yang superbusy macam saya.


Till then, xo

Monday, 10 October 2016

Berita Gembira


Wajah-wajah kesayangan hati.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kita masih bernafas di bumi Allah ini. Allah masih kurniakan kesihatan yang baik untuk kita meneruskan ibadah dan tanggungjawab kita kepada Allah.

Cuba teka apa berita yang menggembirakan hati tu??

.

.

.

.

She is pregnant! Who? My lovely sister! Hazirah.

Syukur, alhamdulillah. Satu perasaan yang sangat sukar untuk digambarkan. Terharu dan sebak. Jika Allah sudah catatkan rezeki kita, insyaAllah akan tetap milik kami. Aku yakin dan percaya akan ada rezeki untuk kami suatu hari nanti. Doa, usaha, dan tawakal. Insyaallah ada rezekinya. Mesti yakin dan percaya. Mesti.

Emak dah bagi kata-kata perangsang pada aku awal-awal. Aku rasa emak bimbangkan aku. Mungkin risau yang aku akan bersedih. Tapi mak jangan risaulah. Anak emak ni sangat berlapang dada. Percaya anakandamu ini. Ehemm.. Apa yang jadi semua ada hikmahnya. InsyaAllah ada rezeki buat kami suami isteri. Jika Allah tetapkan tiada, kami masih lagi dapat menumpang kasih sayang anak buah yang comel-comel itu.

Menurut doktor, kandungan adikku berada sedikit ke bawah. Mak aku tak galakkan dia berjalan jauh dan buat kerja-kerja berat. Oleh kerana sayang, aku sediakan sambal kering ikan bilis bimbang dia naik turun tangga tinggi-tinggi.

Nah, resepi mudah versi aku.

Bawang merah/besar - 3 biji (dikisar)
Bawang putih - 2 biji (dikisar)
Cili giling/kering - Sesuka hati/ ikut kepedasan
Kacang tanah - Sesuka hati (Aku suka banyak)
Ikan bilis - Sesuka hati (Pun aku suka banyak)
Garam - Secukup rasa
Gula - Secukup rasa


Kacang digoreng garing



Ikan bilis ini pun digoreng garing



 Tumis cili giling/lada kering. Kemudiannya masukkan bawang yang telah dikisar tadi. Tumis sampai naik minyak. (Aku suka masukkan sedikit kicap).

Agak-agak dah naik minyak, perasakan dengan gula dan garam. Tumis lama sikit supaya tahan lama.



Dah siap, tutup api dan sejukkan sebelum masukkan ikan bilis dan kacang. Kenapa kena sejukkan dulu? Sebab kalau ikan bilis dan kacang dimasukkan ketika panas, akan jadi lemau. Aku suka yang rangup tak suka yang lemau.

Dah siap. Boleh makan dengan nasi dan roti. Sedap. (Walaupun gambarnya tak cantik, tapi rasanya boleh buatkan kita ketagih) sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan. hehehe =)

Senangkan?

Nah, untuk kamu. Semoga adikku Hazirah dan kandungannya sihat.

Till then, xoxo

Monday, 12 September 2016

Ayahku Cikgu Mukhtar


Selamat hari lahir ayah. Semoga ayah dirahmati olehNya dunia dan akhirat. Dipermudahkan segala urusan dan semoga bahagia sentiasa bersama keluarga. Tiada kata mampu diungkap untuk menggambarkan betapa bersyukurnya mempunyai ayah sepertinya. Sentiasa sayang dan sentiasa rindu. Sentiasa hormat. Kasih sayang ayah yang tidak pernah berbelah bagi pada anak-anaknya. Semua sama rata. Tidak pernah dibezakan sayangnya. Ada yang salah ditegur. Ada yang tidak kena diperbetulkan.

Ayah merupakan seorang yang garang dan tegas. Tapi garang dan tegasnya ada tempatnya. Kami anak-anaknya selalu dijentik telinga jika berbuat kesalahan. Sakit. Jika kesalahan yang besar akan dirotan. Pernah adik-adik lelakiku dipukul dengan paip getah. Sebabnya aku tak ingat. Itulah nakal sangat memang mendapatlah. Hahaha.πŸ˜…

Biasanya pada waktu-waktu lain ayah suka bercerita. Aku masih teringat cerita 'Awang Kenit'. Cerita kegemaranku. Ayah akan tanya "siapa nak dengar cerita ayah?". Nak dengar cerita ni bersyarat. Syaratnya mestilah menggaru belakang badannya. Anak-anak yang bersetuju akan menggaru belakang badannya sambil mendengar cerita daripada ayah. Sebenarnya sampai sekarang aku tak tahu penamat cerita Awang Kenit tu. Kenapa? Sebabnya dalam cerita tu, Awang Kenit tu akan berjumpa dengan semut. Dibilangnya semut lepas seekor, seekor. Berulang- ulang ayat itu disebut. Aku pasti akan tanya lepas tu ayah? Ayah aku akan cakap tunggu dulu, semut ni banyak, ayah kena sebut satu-satu. Haih..apakah? πŸ˜…Dan of course kami berasa tidak adil dan akan berhenti daripada menggaru belakang badannya. πŸ˜†

Ayah juga gemar memberi teka-teki. Dan jangan hairan kalau jawapan kita tidak tepat walaupun teka-teki itu pernah ditanya olehnya. Akan ada saja jawapannya ditokok tambah. Contohnya " apakah benda paling kecil di dunia?" Aku jawab "kuman". Ayah akan cakap salah. Nak tau apa jawapannya? "Anak kuman adalah benda paling kecil di dunia." πŸ˜… Selepas itu pada waktu lainnya soalan yang sama ditanya. Dan mestilah aku jawab "Anak kuman." Dan ayah aku akan cakap salah. Cuba teka apa jawapannya. Jawapannya adalah "Anak kuman yang tak cukup bulan." πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Ayah oh ayah. Itulah ayah. Dan aku tetap sayang dia.

Jika bercerita tentang ayah, banyak perkara kelakar dan manis yang aku ingat. Ayah sentiasa mendorong anak-anaknya untuk membuat apa jua yang baik dan selagi tidak bertentangan dengan Allah. Masa zaman persekolahan dan universiti, keputusan peperiksaanku tidaklah memberangsangkan. Selalu juga mendapat nombor yang tercorot di dalam kelas. Tapi mak dan ayah akan selalu memberi kata-kata perangsang buat aku.


Bila mak dan ayah makin berusia, makin aku sedar banyaknya pengorbanan mereka. Jika aku balik ke kampung ayah pernah juga menyuruh aku menggaru belakang badannya. Sedihnya, badannya penuh dengan parut-parut bekas gigitan nyamuk. Dulu, selepas waktu kerja di sekolah, ayah akan terus ke kebunnya. Ayah akan pulang lewat malam. Bermaghrib dan isyak di dalam hutan. Ayah ada usahakan kebun durian, kelapa, rambutan seorang diri. Tengah malam baru pulang ke rumah. Waktu mengusahakan tanamannya, ayah jarang sangat pakai baju. Rimas mungkin. Sebab tu ayah banyak sangat kena gigit nyamuk. Parut-parut tu bekas kami garu masa kami kecil dulu. Kadang-kadang ayah minta kami garu sampai luka-luka. Ayah oh ayah. Banyaknya pengorbananmu. Ayah ramai anak perempuan, kudrat kami anak perempuan tidak sekuat mana. Anak lelaki masa dulu masih kecil lagi. Kami sekeluarga akan ke kebun di hujung minggu sahaja. Itupun hanya mampu tolong sikit-sikit. Kasihan ayah. Ya Allah, kurniakanlah syurga firdaus buat ibu dan ayahku, Ya Allah. Bukan senang hendak membesarkan 9 orang anak. Banyak keringat dan titik peluh serta kudrat yang diperlukan. Ya Allah, memikirkan hidup tanpa mereka sudah membuatkan air mataku berjuraian, tidak mampu untuk menyambung entry ini lagi.

Ahh..rindu. Terlalu rindu.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maafkan anakandamu ini tidak dapat pulang..



Saturday, 10 September 2016

Nur Bahirah Husna

Nur Bahirah Husna. Anak buah yang ke dua. Jatuh sayang betul pada dia ni. Sayang sangat. Kebetulan masa aku balik kampung hari tu 13/08/2016 adik iparku, Ayuni dah masuk labour room. Jadi sempatlah kami menyambut ahli baru dalam keluarga kami ni.

Ya Allah gembira tak terkata. Syukur alhamdulillah. Tengok senyuman mak yang terukir tu memang sangat lain daripada senyumannya pada hari-hari biasa. Maklumlah keluarga kami ni dah lama tak ada anak kecil. Anak buah pertama pun sekarang dah 8 tahun. Sekurang-kurangnya dengan kelahiran Bahirah dapatlah mengubat perasaan aku dan adik beradik lain untuk dapatkan anak.

Untuk pengetahuan, aku ada 9 orang adik beradik. Enam orang dah kahwin, tinggal adik perempuan kembarku Hanisah dan Hidayati serta adik bongsuku Hanin yang belum cukup umur untuk menamatkan zaman bujang. Ecece. Ya lah, yang bongsu baru 17 tahun, takkan dah nk kahwin kan. Yang kembar tu umur 23 tahun. Kami adik beradik yang dah kahwin ni hanya adikku Ijah dan Hussin yang mempunyai anak. Yang lain belum menunjukkan tanda-tanda 'double line'. Memang masing-masing tengah berusaha untuk dapatkan anak. Semoga Allah memperkenankan doa kami untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah. Allah tahu bila waktu terbaik untuk kita. InsyaAllah. Aminn.

Jadi sebab itulah kehadiran Bahirah Husna sangat menggembirakan hati kami semua. Bahirah sangat cepat lapar. Hahaha.Pantang ibunya tak ada disisi terus meraung kuat. Gegak gempita. Seluruh wad bunyi dengan suara nyaringnya. Mungkin dia perasan bau ibunya tak ada. Mungkin lah kan. Aku pun tak tau sangat pasal baby ni. Punya dia kuat menyusu sampai kepala pun boleh terangkat. Baru first day tu. Iskh Bahirah oh Bahirah.


First day of Nur Bahirah Husna bt Muhammad Hussin Syukri. Cik Ngah terlalu sayang kamu.



Welcome to new world sayang. Moga kamu menjadi anak yang soleh dan solehah. Moga Allah mempermudahkan segala urusan hidupmu di dunia dan juga akhirat. Berbuat baiklah pada kedua orang tuamu. Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangimu. Once again Cik Ngah and Ayah Ngah love you so much.


Till then. xoxo