Search

Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Monday, 21 August 2017

Kerjaya atau Minat?

Bismillah.

Antara kerjaya atau minat, mana satu pilihan yang terbaik untuk kita?

Ya Allah, aku keliru.

Happy belated birthday sayang cik ngah. Comotnya awak bila makan kek. Rindu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Gambar ehsan dari group Whatsapp keluarga. 

Tuesday, 4 July 2017

Kembali Kepada Rutin Hidup

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Eh waaahh!

Lagu ni sentiasa dibibir aku tika bulan Syawal ini.

Alhamdulillah, termaktub dalam sejarah hidup aku sejak bekerja ni, raya kali ini aku bercuti panjang. Hampir dua minggu. Lama kan? Tapi tetap tak puas. Ya Allah seronoknya bila kita dikelilingi oleh orang kesayangan kita. Ya Allah, Engkau makbulkanlah cita-cita ku Ya Allah. Aku nak berkhidmat untuk mak dan ayah sehingga hujung nyawaku. Mereka tiada galang gantinya.

Aku sampai di bumi Johor ini pada hari Ahad (2 Jul 2017) lepas. Petang tu aku masih seperti biasa. Telefon orang tuaku supaya mereka tidak risau dan kami baik-baik saja. Tiada jammed seperti yang dirisaukan.

Aku sempat melelapkan mata untuk seketika. Penat, walaupun bukan aku yang memandu. Huu. Bangun dari tidur, hati aku sayu semacam. Tiada lagi gurau senda daripada adik beradik. Tiada lagi keletah anak buah kesayanganku Bahirah Husna, tiada lagi suara mak. Ya Allah. Sesungguhnya aku tak tahan menanggung rindu ini.

Malamnya, ayah menelefonku. Mula-mula dapatlah aku tahan sebak. Air mata dah menakung. Empangan dah hampir pecah. Aku terus berikan telefon pada suamiku. Malu. Dah besar panjang masih cengeng. Boo!

Rindu. Rindu. Rindu. Rindu sangat-sangat. Terlalu sayang. Aku tahu ayah dah boleh kesan aku menangis. Sebab tu bila telefon dikembalikan kepadaku, ayah tanya, kenapa menangis? Tanpa mereka, aku tak akan berada disini. Hati aku penuh dengan kasih sayang. Sebab, aku dikelilingi dengan orang yang berkasih sayang.

Semoga kalian berdua sentiasa gembira hingga ke hujung nyawa.


Bersama nenek sebelah ayah.

Gaduh tu biasa. Mana ada seronoknya kalau hubunga kita ni mendatar sahaja. Ada turun naiknya. Cuma buat apa dikenang perkara yang menyakitkan sedangkan perkara yang bahagia lagi banyak untu dikenang.

Sayang dan rindu sangat.
Anakmu

Tuesday, 20 June 2017

Raya. Yeay!

Bismillah.

Hari ini adalah hari terakhir aku bekerja sebelum cuti raya. Jika diizinkan Allah, malam esok aku akan berada di Terengganu bersama kesayangan-kesayangan aku. Alhamdulillah.

Kerja banyak, dan berlambak-lambak. Mana yang aku boleh selesaikan dulu, aku selesaikan. Kasihan pada Sakinah. Pasti tak menang tangan. Tambah pula nak melayan kerenah orang atasan yang sangat suka menekan. Semoga dia baik-baik saja sepanjang ketiadaanku nanti.

Persiapan raya tak semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Aku hanya sediakan sehelai jubah untuk diriku dan sehelai kemeja untuk suamiku. Itu sahaja. Dah tua-tua macam ni tak se'excited' mana. Masalahnya pula warna baju kami berdua berbeza. Tengoklah nanti. Walaupun dah tua ni, baju kalau boleh nak sedondon. Kihkihkih.

Ingat tak entry aku yang ini tentang berita gembira? Adikku Hazirah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang hensem comel dengan berat 2.68kg. Syukur, bayi membesar dengan sihat dan semoga anak buah cik ngah yang baru ni menjadi anak yang soleh untuk agama dan ibu bapanya.

Harraz berjemur

Ya Allah, semoga kami juga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Aaminn. Kena cepat-cepat ni, encik suami dah sampai. Dah nak balik. Yeay!!

Jumpa lagi.
Love.

Saturday, 27 May 2017

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Bismillah.

Hari ini hari pertama kita menyambut bulan Ramadhan. Semoga setiap apa yang dilakukan adalah ibadah dan dapatlah kita rebut sebanyak-banyaknya saham untuk akhirat kelak.

Masih ingat tentang adikku Hazirah? Sekarang, hari ini, dia dah dimasukkan ke hospital. Contraction dah ada. Tapi buat detik ini masih lagi di tahan di wad. Belum ke labour room lagi. Semoga ibu dan bayi selamat. Dapatlah baby Ramadhan. In shaa Allah. Aaminn.


Tuesday, 9 May 2017

Kecelaruan emosi

Bismillah,

Sejak dua menjak ni, emosi aku bercelaru. Tak tahu nak dahulukan yang mana. Akhirnya, semua tak selesai. Siapa yang pernah jadi macam ni?

Perasaan aku sekarang ni berkecamuk. Cuba bayangkan ruang tamu yang bersepah-sepah. Mana kusyen bertaburan di atas lantai. Lepas tu baju sana sini. Serabut tak? Serabut kan. Macam tu lah hati aku saat ni. Bersepah-sepah dengan macam-macam emosi. Nak balik kampung lah, nak berhenti kerja lah, nak bisnes lah, nak suami sentiasa di sisi lah, nak jaga emak lah, nak itu, nak ini. Mana lah kita mampu nak buat semua dalam satu masa tu. Iskh, kalau boleh berada dalam situasi tu, memang superwomanlah sangat kann..

Apa yang perlu aku buat nih? Bila tulis ni semua, kepala rasa sakit menekan-nekan segala urat-urat saraf ni. Seumpama sponge yang basah, pastu kita genggam dia kuat-kuat, sampai padat. Haa.. gitulah rasanya.

Aku kene buat planning ni. Aku rasa down sampai nak kemas rumah pun tak nak. Nak pergi kerja pakai cantik sikit pun m*las. Sebab tak nak iron baju iron tudung. Masak pun tak. Senang ceghita memang semua tak nak buat. Apakah sindrom yang sangat bahaya ni? Haaa, tapi ada satu je aku rajin atau ok sikit. Bab makan. Kalau bab makan, laju je. Ngeh ngeh ngeh.

Nak kene cari planner, dan plan apa aku nak buat. Sebab tu siap ada pepatah, fail to plan plan to fail.

Blerghh. Rasa lembik betul aku ni. Haisshh.. ok, semangat, semangat.  Ya Allah, kurniakanlah petunjuk dan hidayahMu kepadaku Ya Allah.





Thursday, 4 May 2017

Divorce

Bismillah.

Ngeri kan dengar perkataan ini. Yang rasa sengsara hanyalah tuan badan yang mengalaminya. Kadang-kadang ini adalah penyelesaian yang terbaik buat diri kita. Tapi ingat, Allah tak suka orang yang bercerai-berai ini.

Apa yang perlu kita buat jika ini adalah penyelesaian terbaik? Paling utama, jangan fikir dunia kita sudah berakhir. End the chapter and we start new chapter. Jangan fikir apa yang orang akan cakap. Sebab  orang tu tak berada dalam situasi kita. Mulakan hidup baru dengan suasana baru. Tinggalkan perkara yang menyakitkan kita. Carilah kebahagiaan baru. Audit diri kita. Kenapa aku macam ni. Kenapa ini yang berlaku. Tanya diri kita. Tengok balik hubungan kita dengan Allah. Solat kita cukup tak? Apa yang Allah larang dan suruh tu aku buat tak?

Kenapa terkeluar topik ini? Sebab ada beberapa orang sahabat saya yang telah bercerai dalam usia muda. Kagum dengan mereka kerana berani membuat keputusan untuk diri dan anak-anak. Kadang-kadang kita mengeluh kenapa kita belum dikurniakan anak. Jika ini yang terjadi kepada kita, sekurang-kurangnya anak-anak kita tidak terluka dengan perpisahan ibu bapanya. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah adalah sebaik-baik perancang.

Sekarang, seorang sahabat saya dalam proses perceraian dengan suaminya. Bayangkan saat dia mengandung anak kedua, dapat tahu suaminya telah berkahwin lain. Sedangkan dia sanggup mengambil upah ikat besi hanya semata-mata untuk membeli keperluan anak-anak. Si suami dengan alasan kursus atau outstation selama berbulan-bulan tidak pernah memberi nafkah anak, rupanya bahagia dengan perempuan lain. Hati isteri mana yang tak sedih, tidak cukup dengan itu, dapat pula panggilan telefon yang mengatakan dia sudah bersama dengan suami dia tanpa ikatan yang sah. Sahabat saya ini masih memberi peluang buat suaminya demi anak-anak. Tapi si suami memang tidak menghargai peluang yang diberi tu, hilang tanpa khabar berita. Tiba-tiba telefon si isteri hanya untuk minta duit. Tabahnya sahabat saya ini. Ya Allah. Ditambah pula keluarga si suami salahkan sahabat saya yang katanya sahabat saya ni tidak pernah memberi peluang suaminya itu berjumpa anak-anak. Padahal, telefon tanya khabar pun tak pernah. Ya Allah, semoga sahabat saya itu terus tabah menghadapi segala cabaran. Semoga rezeki awak dan anak-anak melimpah ruah.

Jangan takut untuk mulakan hidup baru. Jangan meratap bersedih dengan perpisahan yang memberi 1001 luka dan duka. Be brave. Stand up for yourself!

Saya doakan insan-insan disekeliling saya dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan dan di bawah lindungan rahmat Allah selalu.

Maaf, ayat saya berterabur. Masih geram.

Salah satu gambar ketika majlis perkahwinan kakakku. Pink. Sekurang-kurangnya tengok gambar mereka menyejukkan hati ini. xoxo




Love,
Pn Nurul



Wednesday, 26 April 2017

Semoga semuanya dipermudahkan

Bismillah,

Saat ini mak, berada di salah satu wad di HUSM, Kubang Kerian Kelantan. Emak diberi rawatan iodin dan terpaksa bermalam di wad selama dua hari.

Saat ini juga aku berasa amat ralat. Ralat kerana tidak dapat menjaga emak seperti yang aku janjikan sebelum ini. Padahal waktu ini adalah saat-saat genting untuk emak. Sokongan daripada suami dan anak-anak amat berharga buat emak.

Emak perlu berpantang makan dan tidak boleh ada contact dengan orang lain sepanjang tempoh berpantangnya ini. Pemakanan emak ketika ini juga amat cerewet dan perlu dijaga sebaik mungkin supaya rawatan yang diberi ini mendapat impak positif.

Ya Allah, Engkau lindungilah ibuku Ya Allah. Ibu yang menjaga kami ketika kami dalam kandungannya sehinggalah saat ini. Kami sayang dia Ya Allah. Sembuhkanlah setiap penyakit yang ada padanya Ya Allah.

Allah memberi aku peluang untuk pulang ke kampung walau untuk tempoh dua hari. Emak aku lihat amat gembira dengan kehadiran anak-anaknya. Badannya sedikit susut. Mungkin kerana mak berpantang makan. Mak ada bercakap dengan adikku, alangkah baiknya kalau kak huda boleh cuti mula cuti sekarang. Ya Allah. Apa perlu aku buat Ya Allah.

Aku betul-betul ingin berbakti pada kedua orang tuaku. Permudahkanlah Ya Allah.



Love you so much,
Anakmu

Saturday, 22 April 2017

Balik Kampung. Yay!

Bismillah.

Jika diizinkan Allah, aku akan berada bersama keluarga yang tercinta pada esok hari (23/04/2017). Yahhuuuuu! Tiket dah ada, tunggu masa sahaja ni.

Ya Allah, hanya Allah tahu betapa aku rindu. Maaf abang, kekasihmu ini tidak dapat menemani hujung minggumu. Kekekeke *big smile". I am a happy girl right now. Eh, eh, jangan salah faham, bukan tak suka bersama suami, cuma really need my pills to keep me full of energy.

Dapat suami yang memahami memang membahagiakan. Terima kasih abang. Love you more and more. Banyaklah. Banyak sangat.



Susahnya nak cari gambar dia. Semua serius je. Abang, semoga kita tua bersama-sama. Dilimpahi dengan kasih sayang yang berpanjangan dan sentiasa di bawah rahmat Allah selalu. Terima kasih atas segalanya.


Till then,
xoxo



Thursday, 20 April 2017

Rindu

Alhamdulillah.

Aku dikelilingi dengan insan-insan yang sangat penyayang, baik hati, dan positif. Saat ini, aku sangat rindukan keluargaku. Mak, ayah, dan adik beradik.

Mereka adalah tunggak utamaku kekuatanku. Sekarang bateri tenagaku sudah habis. Nak kembali full, mesti kena balik kampung dulu jumpa mak ayah dan adik beradik. Lepas tu mesti energinya lain macam.


Mak dan ayah semasa majlis graduasi adikku Hanisah. Sungguh, bila menatap wajah mereka buat hatiku rapuh. Tersangat rindu. Bercakap melalui telefon setiap hari, atau sesekali video call, masih tidak mampu mengubat rasa rindu ini.

Melihat gambar mereka sudah buat air mataku bergenang. Orang tuaku ini selalu menyokong apa sahaja yang anak-anaknya suka. Tapi jika itu salah, kami pasti akan dinasihati.

Ya Allah, kau kurniakanlah kesihatan yang baik untuk mak dan ayahku, Ya Allah. Kurniakanlah kebahagiaan kepada mereka dunia akhirat. Ya Allah, kami tak mampu membalas jasa mereka Ya Allah, Engkau kurniakanlah juga kesenangan kepada mereka dengan melimpahkan rezeki yang melimpah ruah Ya Allah. Aku sayang mereka Ya Allah. Aku sayang sangat mereka Ya Allah. Semoga mereka sentiasa dibawah rahmatMu Ya Allah.

Pada 24/04/2017 mak akan menjalani rawatan untuk kesihatannya. Permudahkanlah Ya Allah, jangan disulitkan Ya Allah.


Sayang sangat,
Pn Nurul

Friday, 14 April 2017

Bersarang, kena bersih-

Lamanya tak jengah kat sini.

Oleh sebab kesibukan yang melampau semua hal-hal tentang bersenang-lenang ni dilupakan.

Sedikit perkembangan tentang diriku,

i) Masih lagi berdua bersama en suami kesayangan
ii) Masih bekerja ditempat yang sama
iii) En suami sudah ke Port Dickson
iv) Masih tinggal sini
v) Hidayati dah konvo dan pulang ke kampung
vi) Hazirah belum deliver, sudah bersama dengan suaminya di Klang. No more PJJ. PhDnya dalam final stage.
vii) Hassan sudah pulang ke kampung. Tidak lagi bekerja bersama-samaku di sini
viii) Senang cerita, aku keseorangan di bumi Johor ini.

Hari ni kat office ada sambutan hari jadi kecil-kecilan untuk Apr's babies. Sebagai ingatan untuk aku satu hari nanti. Sepanjang aku kerja sini, ini adalah pertama kali diadakan secara official. Kalau sebelum ni tak ada sambutan seperti ini. Kali ini aku incharge untuk kek dan makanan.

Menu utama:

-Nasi goreng cina
-Ayam masak merah
-Sayur kobis/kacang goreng

Buah-buahan:

-Pisang
-Tembikai
-Jambu asam

Minuman:
-Air orange

First sebelum makan-makan, Mr Ling adakan sesi bergambar dulu. Hijau mengerlip. Silau nau.

We are awesome!
Syukur, sebab dapat menjadi sebahagian pasukan ini. Alhamdulillah. Bila kita sudah memahami team kita, semua kerja menjadi mudah. Sokong menyokong diantara satu sama lain.

Sebelum majlis



Ni adalah insan-insan terpilih untuk dilahirkan dalam bulan 4.

a) Mr Ang
b) Mr Jeremy
c) Mr Hari
d) Mr Azizul
e) Ms Sakinah, the only one bunga.

Secara keseluruhannya, semua berpuas hati dengan makanan yang disediakan. Ayam masak merah memang sedap. Makanan ni ditempah daripada mak Suria. Sedap sangat,


Kek hasil tangan kak Intan (jiran) memang terbaik. Sedap sangat. Sampai aku pun tak dapat merasa kek tu. *nangis*
Nasib baik dah selalu makan kek Kak Intan. Jadi tak ada lah terkilan sangat. hee


Terima kasih boss, Mr Chan sebab payung kami.

Lots of love,
Pn Nurul