Dah lama aku tak mencoretkan kata-kata yang tak terkata kat sini. Hari ni Hari Jumaat. Yayy!!
Yay?? Bukankah sudah biasa berdepan dengan penghulu segala hari ini? Ermm..
Mak ayah dan dan adik beradikku akan ke sini aka rumahku esok (22/10/2016). InsyaAllah. Perkhabaran yang sangat menggembirakan bukan. Gembira hati bukan kepalang. Dapat melepaskan rindu dendam yang bertakung disanubari. Eceh.
Mereka datang untuk Majlis Konvokesyen adikku, Hidayati. Jadi untuk meraikan keluargaku yang sanggup datang ke sini, aku akan mengambil cuti pada hari Isnin dan Selasa. Yayy!! Family time.
Bahirah bersama Ateh, kembar kepada Hidayati. Oh. Rindu. Rindu. Nah ambik muah setepek.
Nak resepi yang senang sangat tak?
Ikan Masak Stim
2 ekor ikan bawal/siakap/ atau apa-apa ikan yang disukai. Semua boleh kecuali ikan air tawar
2 ulas bawang besar/merah dicincang dadu
3 ulas bawang putih dicincang dadu
2 biji cili dipotong-potong
8 atau beberapa jumlah kacang bendi
Sos ikan secukup rasa
1 biji lemon dihiris nipis
Garam sikit sebab sos ikan sudah masin
Semua bahan diatas dimasukkan ke dalam pengukus dan set selama 20 minit. Siap. Mudah bukan? Hidangkan dengan nasi panas-panas.
Masa ni saya masak ikan lain. Tapi sudah cukup sedap bagi kami. Bukan siakap atau bawal. Saya memang tak kenal jenis ikan. Semua ikan bagi saya sama saja rupanya. Betul-betul tak pandai nak bezakan. Tugas membeli ikan biasanya saya serahkan pada En Suami. Ehem. Sangat praktikal untuk yang superbusy macam saya.
Till then, xo


No comments:
Post a Comment