Search

Showing posts with label easy recipe. Show all posts
Showing posts with label easy recipe. Show all posts

Thursday, 12 October 2017

Resipi: Patin Masak Tempoyak Sedap dan Mudah

Bismillah.

Petang tadi encik suami minta aku masakkan dia patin masak tempoyak. Terus sahaja kami ke pasar basah yang berdekatan untuk dapatkan bahan-bahannya. Alhamdulillah, bahan utamanya ikan patin dan tempoyak ada.

Ok, ni adalah bahan-bahannya. Berapa banyak setiap bahan-bahan adalah anggaran sahaja.

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ikan patin (anggaran berat seekor 1kg)
4 biji cili padi-ditumbuk
2 biji cili besar-ditumbuk
1/2 inci kunyit hidup-ditumbuk
1 sudu besar serbuk kunyit
3 batang serai-diketuk
Seiikat daun kesum
Tempoyak
Secubit garam
Secubit gula

Masa mula-mula kahwin dulu aku tak berapa pandai masak. Aku masak asam pedas daun kesum tu semua aku bedal masuk dalam periuk. Dengan batang-batang sekali. Sebabnya aku suka daun kesum. Kene tegur dengan encik suami. Hahaha. Malu. 

Ok berbalik pada resipi tadi, mula-mula basuh ikan patin hingga hilang baunya.  Ada yang basuh dengan asam jawa, atau limau nipis. Semua boleh. Ikan patin sangkar ni baunya agak kuat. Sebab tu aku akan cari ikan patin sungai. Baunya tak kuat. Ikan patin tadi dipotong, tos, dan ketepikan.

Cili padi, cili besar, kunyit hidup, ditumbuk. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan tempoyak. Kemudiannya perap bahan ini dengan ikan. Pertama untuk buang bau hanyir. Kedua supaya bahan-bahan ini menyerap kedalam ikan. Perap lebih kurang 30 minit.

Dah cukup 30 minit, dah boleh mula masak. Masukkan sedikit air ke dalam bahan perapan dan ikan tadi. Agak-agak dah mendidih masukkan sedikit lagi air, serai, dan daun kesum. Biarkan masak selama 30 minit.

Ikan dah masak, bau pun dah naik, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Ok siap, boleh dihidangkan.

Tak sempat nak ambil gambar, gambar ini sahaja yang ada.



Alhamdulillah. Puas hati.

Sedap dan berbaloi-baloi. Mudah. Selamat mencuba.


Till then,
xoxo


Friday, 21 October 2016

Fri-yay!

Bismillah..

Dah lama aku tak mencoretkan kata-kata yang tak terkata kat sini. Hari ni Hari Jumaat. Yayy!!
Yay?? Bukankah sudah biasa berdepan dengan penghulu segala hari ini? Ermm..

Mak ayah dan dan adik beradikku akan ke sini aka rumahku esok (22/10/2016). InsyaAllah. Perkhabaran yang sangat menggembirakan bukan. Gembira hati bukan kepalang. Dapat melepaskan rindu dendam yang bertakung disanubari. Eceh.

Mereka datang untuk Majlis Konvokesyen adikku, Hidayati. Jadi untuk meraikan keluargaku yang sanggup datang ke sini, aku akan mengambil cuti pada hari Isnin dan Selasa. Yayy!! Family time.


Bahirah bersama Ateh, kembar kepada Hidayati. Oh. Rindu. Rindu. Nah ambik muah setepek.

Nak resepi yang senang sangat tak?

Ikan Masak Stim

2 ekor ikan bawal/siakap/ atau apa-apa ikan yang disukai. Semua boleh kecuali ikan air tawar
2 ulas bawang besar/merah dicincang dadu
3 ulas bawang putih dicincang dadu
2 biji cili dipotong-potong
8 atau beberapa jumlah kacang bendi
Sos ikan secukup rasa
1 biji lemon dihiris nipis
Garam sikit sebab sos ikan sudah masin

Semua bahan diatas dimasukkan ke dalam pengukus dan set selama 20 minit. Siap. Mudah bukan? Hidangkan dengan nasi panas-panas.


Masa ni saya masak ikan lain. Tapi sudah cukup sedap bagi kami. Bukan siakap atau bawal. Saya memang tak kenal jenis ikan. Semua ikan bagi saya sama saja rupanya. Betul-betul tak pandai nak bezakan. Tugas membeli ikan biasanya saya serahkan pada En Suami. Ehem. Sangat praktikal untuk yang superbusy macam saya.


Till then, xo