Search

Tuesday, 29 October 2024

Muhammad Yusuf

Since dah jumpa balik tulisan-tulisan lama ni akan kucoretkan pengalaman untuk kandungan yang pertama dulu. Baru rasa kepentingan tulisan lama ini.

.

Bismillah.

Anak kami yang pertama diberi nama Muhammad Yusuf. Nama Yusuf diambil sempena nama tokki (belah ayah).

Kandungan yang tak diduga. Kandungan yang ditunggu-tunggu sepanjang perkahwinan kami. Kandungan yang pertama untuk pengalaman bagi seorang ibu. Kandungan yang bagi seorang doktor pakar yang sebelumnya dikatakan mustahil untuk aku mengandung. Yes, everything is the first time.

.

Asalnya aku berhenti kerja. Sebab penat yang melampau dengan kerja yang ada masa tu. Boleh bayangkan tak, nampak gantry crane dari jauh dah rasa sakit kepala. Nampak pulak gate office kepala makin kuat berdenyut-denyut. Itu belum masuk office lagi. Keadaan tu berlanjutan setiap hari sehinggalah aku putuskan untuk berhenti kerja.

Kami plan untuk jalankan bisnes sendiri masa tu. Semua tu dah setup, projek pun dah dapat. Kerja pun dah start jalan. Kami balik kampung untuk sambut Raya Aidil Adha. Tapi kami dapat berita yang kurang baik. Kesihatan mak agak merosot.

Masa tu dah tak fikir lain. Adik beradikku semuanya balik kampung dan kami decide untuk jaga mak. Masa tu semua yang ada kat Johor kami tinggalkan. Semua. Takpelah rugi asalkan dapat bersama dengan mak.

Fast forward, aku kembali ke Johor untuk ambil semua barang yang telah kami tinggalkan. Masa tu niat memang untuk terus berada dengan mak. Rumah dah kemas, semua yang ada dah jual. Adikku Hassan ada ke kompeni lama kami. Mr Ang ada tanyakan pasal aku dengan Hassan. Tak lama lepas tu Mr Ang call aku dan offer untukku kembali kerja.

Pada asalnya aku tak nak. Sebab nak bersama dengan mak. Tapi setelah berbincang panjang, aku terima offer tu. Jadi masa tu akhir bulan 11 aku kembali berkerja.

.

08/01/2019 aku ke klinik pakar wanita untuk mendapatkan rawatan. Kenapa? Sebabnya breast aku sakit sangat. Sakit yang macam mana? Sakit yang sehinggakan tersentuh kain pun rasa nak menangis. Sakit sangat.

Sampai di klinik, doktor ada minta buat saringan air kencing. Kejap lepas tu doktor sahkan yang aku mengandung! Ya mengandung. Yang selama ini doktor kata aku tak akan mengandung tiba-tiba boleh mengandung. Siapa sangka? Kuasa Allah Maha Hebat! Doktor ada buat scanning dan dengarlah heart beat baby. Kami berdua berpandangan. Tak sangka. Speechless. First time ada khalifah dalam rahim ni. Masing-masing menangis. Momen tu masih segar dalam ingatan ni. Boleh terngiang-ngiang lagi ditelinga bunyi heart beat Yusuf. MasyaAllah.

.

Dan jadilah aku seorang wanita yang mengandung. Masuk kereta terus call mak. Masa tu Yusuf baru 8 minggu dalam kandungan. Alhamdulillah.

.

Tapi Allah hanya pinjamkan Yusuf sekejap sahaja kami. Nantilah aku sambung. 2019 adalah tahun berduka ku. Semua gambar dan video tak ada sebab fon aku kena curi masa warded.

Monday, 28 October 2024

Update since 2018

 Hi gais!


Banyak yang telah berlaku sepanjang last post sehingga hari ini.

1- Mak dah pergi meninggalkan kami pada 05/03/2019

2- Aku kehilangan anak pertamaku pada 21/04/2019

3- Tuk (belah mak) juga meninggalkan kami pada 22/04/2019

4- Tuk (belah ayah) juga meninggalkan kami pada 20/11/2019

5- Anak kedua ku lahir pada 12/01/2020

6- Anak ketiga ku lahir pada 22/01/2022

7- Aku masih bekerja di kompeni yang sama sejak 2015


Hurmmm, what else? O ya, aku makin menua. Almost 7 years missing in action. I will come back guys! Tak banyak, tapi memori mak dan ayah ada di sini. 


Aku rindu. Rindu. Terlalu rindu!

Sunday, 4 March 2018

Alone

Alone. Pathetic. But sometimes, it is the best remedy for stress. Today is Sunday. And I am alone.

Watching The Hobbit at Kids Dining AEON and with Korean food. Hahaha. But this kind of food not my taste. I left my hubby at home, so he can do house chores. Hahaha. Sorry hubby. Thanks for your understanding to let me have some me time.
The Hobbit with happy children playing around
Chicken fried with ramen (cannot recall the exact menu)

Nothing much to say. Lelahnya mengejar dunia apabila akhirat ditinggalkan. Sebab tu Allah beritahu kejarlah akhirat, dua-dua dapat. 

Lots of love. Stress, go away!

Thursday, 12 October 2017

Resipi: Patin Masak Tempoyak Sedap dan Mudah

Bismillah.

Petang tadi encik suami minta aku masakkan dia patin masak tempoyak. Terus sahaja kami ke pasar basah yang berdekatan untuk dapatkan bahan-bahannya. Alhamdulillah, bahan utamanya ikan patin dan tempoyak ada.

Ok, ni adalah bahan-bahannya. Berapa banyak setiap bahan-bahan adalah anggaran sahaja.

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ikan patin (anggaran berat seekor 1kg)
4 biji cili padi-ditumbuk
2 biji cili besar-ditumbuk
1/2 inci kunyit hidup-ditumbuk
1 sudu besar serbuk kunyit
3 batang serai-diketuk
Seiikat daun kesum
Tempoyak
Secubit garam
Secubit gula

Masa mula-mula kahwin dulu aku tak berapa pandai masak. Aku masak asam pedas daun kesum tu semua aku bedal masuk dalam periuk. Dengan batang-batang sekali. Sebabnya aku suka daun kesum. Kene tegur dengan encik suami. Hahaha. Malu. 

Ok berbalik pada resipi tadi, mula-mula basuh ikan patin hingga hilang baunya.  Ada yang basuh dengan asam jawa, atau limau nipis. Semua boleh. Ikan patin sangkar ni baunya agak kuat. Sebab tu aku akan cari ikan patin sungai. Baunya tak kuat. Ikan patin tadi dipotong, tos, dan ketepikan.

Cili padi, cili besar, kunyit hidup, ditumbuk. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan tempoyak. Kemudiannya perap bahan ini dengan ikan. Pertama untuk buang bau hanyir. Kedua supaya bahan-bahan ini menyerap kedalam ikan. Perap lebih kurang 30 minit.

Dah cukup 30 minit, dah boleh mula masak. Masukkan sedikit air ke dalam bahan perapan dan ikan tadi. Agak-agak dah mendidih masukkan sedikit lagi air, serai, dan daun kesum. Biarkan masak selama 30 minit.

Ikan dah masak, bau pun dah naik, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Ok siap, boleh dihidangkan.

Tak sempat nak ambil gambar, gambar ini sahaja yang ada.



Alhamdulillah. Puas hati.

Sedap dan berbaloi-baloi. Mudah. Selamat mencuba.


Till then,
xoxo


Wednesday, 11 October 2017

Sesat.

Sesat sampai ke sini.

STATE LAND -reserved for future development.

'Gabra' masa ni jangan cakaplah. Cepat-cepat minta Sakinah buat U-turn. Dalam otak ni dah fikir macam-macam. Kene tembaklah, kene tangkaplah. Hahaha.

Tapi sebenarnya tak ada apa-apa. Sebab dah sesat, jadi kerisauan tu melampau sikit.
.
.
.
.
Walau beberapa kali lalu laluan yang sama, alhamdulillah kami selamat sampai di tapak Huogang dengan selamatnya.😊

Sunday, 8 October 2017

Current Life

Bismillah.


Sejak kebelakangan ni aku sangat sibuk dengan kerja hakiki aku. Dan saat ini pada hari Ahad nan indah ini aku sedang berada di pejabat menyiapkan kerja-kerja yang tak sempat disiapkan pada minggu lalu.


Kadang-kadang terlintas difikiran adakah aku terlalu mengejar duniawi? Kenapa kerja hakiki ini menuntut terlalu banyak perhatianku berbanding perkara lain? Sehinggakan aku tidak punya masa untuk aktiviti yang lain. Aku tak suka beralasan tak ada masa, tak cukup masa, sedangkan Allah memberi masa dan waktu yang sama untuk makhluknya. Aku marah dengan diri aku sendiri. Marah sangat. Please, go find another reason!


Apabila siang harinya aku penat, malamnya aku sudah tidak mampu untuk buat apa-apa lagi. Badan dan fikiranku menuntut masa rehatnya. Sudah 3 bulan aku begini. Aku selalu bagitahu diri aku be strong, be patient. The storm will pass. Yes, the storm will pass. Just wait. Keep calm.

.
.
.
.
.
But, when? Whenn? Wheeennnn???? Dramatic sungguh perasaan ini.



Aku sangat iri hati dengan teman-teman yang berkerjaya sebagai Surirumah. Aku sangat menyanjung tinggi kerjaya ini. Aku tahu bukan mudah untuk menjadi seorang surirumah, semuanya menuntut pengorbanan. Tapi sekurang-kurangnya aku ada masa untuk keluarga. Hanya dengan membayangkannya sudah cukup untuk buat aku bahagia.




Sebagai penutup, nah, terimalah gambar-gambar yang membuatku bahagia hanya dengan menatapnya.








Dengarnya dah pandai merajuk sekarang. Nanti lari laju-laju, kemudian nangis kuat-kuat. Pandai.








Baby Harraz pun dah pandai meniarap dan juga sudah mula bermain air liur.  Hahaha


Walau bagaimanapun kedua-duanya sangat menawan hatiku. Rindu yang tak terperi. 



Till then,
xoxo,
bakal surirumah yang bahagia =)

Tuesday, 3 October 2017

Welcome October

Bismillah.

Dah lama tak jenguk sini. Asalnya nak jadikan blog ni sebagai catatan harianku. Ya lah, catatan seorang wanita untuk mendapatkan cahaya mata. Sepertinya selalu tak berkesempatan untuk itu.

Sampai ketemu lagi. Ni sebenarnya nak test app blogger dari Google Play.

xoxo love.

Monday, 21 August 2017

Kerjaya atau Minat?

Bismillah.

Antara kerjaya atau minat, mana satu pilihan yang terbaik untuk kita?

Ya Allah, aku keliru.

Happy belated birthday sayang cik ngah. Comotnya awak bila makan kek. Rindu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Gambar ehsan dari group Whatsapp keluarga. 

Tuesday, 4 July 2017

Kembali Kepada Rutin Hidup

Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Eh waaahh!

Lagu ni sentiasa dibibir aku tika bulan Syawal ini.

Alhamdulillah, termaktub dalam sejarah hidup aku sejak bekerja ni, raya kali ini aku bercuti panjang. Hampir dua minggu. Lama kan? Tapi tetap tak puas. Ya Allah seronoknya bila kita dikelilingi oleh orang kesayangan kita. Ya Allah, Engkau makbulkanlah cita-cita ku Ya Allah. Aku nak berkhidmat untuk mak dan ayah sehingga hujung nyawaku. Mereka tiada galang gantinya.

Aku sampai di bumi Johor ini pada hari Ahad (2 Jul 2017) lepas. Petang tu aku masih seperti biasa. Telefon orang tuaku supaya mereka tidak risau dan kami baik-baik saja. Tiada jammed seperti yang dirisaukan.

Aku sempat melelapkan mata untuk seketika. Penat, walaupun bukan aku yang memandu. Huu. Bangun dari tidur, hati aku sayu semacam. Tiada lagi gurau senda daripada adik beradik. Tiada lagi keletah anak buah kesayanganku Bahirah Husna, tiada lagi suara mak. Ya Allah. Sesungguhnya aku tak tahan menanggung rindu ini.

Malamnya, ayah menelefonku. Mula-mula dapatlah aku tahan sebak. Air mata dah menakung. Empangan dah hampir pecah. Aku terus berikan telefon pada suamiku. Malu. Dah besar panjang masih cengeng. Boo!

Rindu. Rindu. Rindu. Rindu sangat-sangat. Terlalu sayang. Aku tahu ayah dah boleh kesan aku menangis. Sebab tu bila telefon dikembalikan kepadaku, ayah tanya, kenapa menangis? Tanpa mereka, aku tak akan berada disini. Hati aku penuh dengan kasih sayang. Sebab, aku dikelilingi dengan orang yang berkasih sayang.

Semoga kalian berdua sentiasa gembira hingga ke hujung nyawa.


Bersama nenek sebelah ayah.

Gaduh tu biasa. Mana ada seronoknya kalau hubunga kita ni mendatar sahaja. Ada turun naiknya. Cuma buat apa dikenang perkara yang menyakitkan sedangkan perkara yang bahagia lagi banyak untu dikenang.

Sayang dan rindu sangat.
Anakmu

Tuesday, 20 June 2017

Raya. Yeay!

Bismillah.

Hari ini adalah hari terakhir aku bekerja sebelum cuti raya. Jika diizinkan Allah, malam esok aku akan berada di Terengganu bersama kesayangan-kesayangan aku. Alhamdulillah.

Kerja banyak, dan berlambak-lambak. Mana yang aku boleh selesaikan dulu, aku selesaikan. Kasihan pada Sakinah. Pasti tak menang tangan. Tambah pula nak melayan kerenah orang atasan yang sangat suka menekan. Semoga dia baik-baik saja sepanjang ketiadaanku nanti.

Persiapan raya tak semeriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Aku hanya sediakan sehelai jubah untuk diriku dan sehelai kemeja untuk suamiku. Itu sahaja. Dah tua-tua macam ni tak se'excited' mana. Masalahnya pula warna baju kami berdua berbeza. Tengoklah nanti. Walaupun dah tua ni, baju kalau boleh nak sedondon. Kihkihkih.

Ingat tak entry aku yang ini tentang berita gembira? Adikku Hazirah telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang hensem comel dengan berat 2.68kg. Syukur, bayi membesar dengan sihat dan semoga anak buah cik ngah yang baru ni menjadi anak yang soleh untuk agama dan ibu bapanya.

Harraz berjemur

Ya Allah, semoga kami juga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Aaminn. Kena cepat-cepat ni, encik suami dah sampai. Dah nak balik. Yeay!!

Jumpa lagi.
Love.

Saturday, 27 May 2017

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Bismillah.

Hari ini hari pertama kita menyambut bulan Ramadhan. Semoga setiap apa yang dilakukan adalah ibadah dan dapatlah kita rebut sebanyak-banyaknya saham untuk akhirat kelak.

Masih ingat tentang adikku Hazirah? Sekarang, hari ini, dia dah dimasukkan ke hospital. Contraction dah ada. Tapi buat detik ini masih lagi di tahan di wad. Belum ke labour room lagi. Semoga ibu dan bayi selamat. Dapatlah baby Ramadhan. In shaa Allah. Aaminn.


Tuesday, 9 May 2017

Kecelaruan emosi

Bismillah,

Sejak dua menjak ni, emosi aku bercelaru. Tak tahu nak dahulukan yang mana. Akhirnya, semua tak selesai. Siapa yang pernah jadi macam ni?

Perasaan aku sekarang ni berkecamuk. Cuba bayangkan ruang tamu yang bersepah-sepah. Mana kusyen bertaburan di atas lantai. Lepas tu baju sana sini. Serabut tak? Serabut kan. Macam tu lah hati aku saat ni. Bersepah-sepah dengan macam-macam emosi. Nak balik kampung lah, nak berhenti kerja lah, nak bisnes lah, nak suami sentiasa di sisi lah, nak jaga emak lah, nak itu, nak ini. Mana lah kita mampu nak buat semua dalam satu masa tu. Iskh, kalau boleh berada dalam situasi tu, memang superwomanlah sangat kann..

Apa yang perlu aku buat nih? Bila tulis ni semua, kepala rasa sakit menekan-nekan segala urat-urat saraf ni. Seumpama sponge yang basah, pastu kita genggam dia kuat-kuat, sampai padat. Haa.. gitulah rasanya.

Aku kene buat planning ni. Aku rasa down sampai nak kemas rumah pun tak nak. Nak pergi kerja pakai cantik sikit pun m*las. Sebab tak nak iron baju iron tudung. Masak pun tak. Senang ceghita memang semua tak nak buat. Apakah sindrom yang sangat bahaya ni? Haaa, tapi ada satu je aku rajin atau ok sikit. Bab makan. Kalau bab makan, laju je. Ngeh ngeh ngeh.

Nak kene cari planner, dan plan apa aku nak buat. Sebab tu siap ada pepatah, fail to plan plan to fail.

Blerghh. Rasa lembik betul aku ni. Haisshh.. ok, semangat, semangat.  Ya Allah, kurniakanlah petunjuk dan hidayahMu kepadaku Ya Allah.





Thursday, 4 May 2017

Divorce

Bismillah.

Ngeri kan dengar perkataan ini. Yang rasa sengsara hanyalah tuan badan yang mengalaminya. Kadang-kadang ini adalah penyelesaian yang terbaik buat diri kita. Tapi ingat, Allah tak suka orang yang bercerai-berai ini.

Apa yang perlu kita buat jika ini adalah penyelesaian terbaik? Paling utama, jangan fikir dunia kita sudah berakhir. End the chapter and we start new chapter. Jangan fikir apa yang orang akan cakap. Sebab  orang tu tak berada dalam situasi kita. Mulakan hidup baru dengan suasana baru. Tinggalkan perkara yang menyakitkan kita. Carilah kebahagiaan baru. Audit diri kita. Kenapa aku macam ni. Kenapa ini yang berlaku. Tanya diri kita. Tengok balik hubungan kita dengan Allah. Solat kita cukup tak? Apa yang Allah larang dan suruh tu aku buat tak?

Kenapa terkeluar topik ini? Sebab ada beberapa orang sahabat saya yang telah bercerai dalam usia muda. Kagum dengan mereka kerana berani membuat keputusan untuk diri dan anak-anak. Kadang-kadang kita mengeluh kenapa kita belum dikurniakan anak. Jika ini yang terjadi kepada kita, sekurang-kurangnya anak-anak kita tidak terluka dengan perpisahan ibu bapanya. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah adalah sebaik-baik perancang.

Sekarang, seorang sahabat saya dalam proses perceraian dengan suaminya. Bayangkan saat dia mengandung anak kedua, dapat tahu suaminya telah berkahwin lain. Sedangkan dia sanggup mengambil upah ikat besi hanya semata-mata untuk membeli keperluan anak-anak. Si suami dengan alasan kursus atau outstation selama berbulan-bulan tidak pernah memberi nafkah anak, rupanya bahagia dengan perempuan lain. Hati isteri mana yang tak sedih, tidak cukup dengan itu, dapat pula panggilan telefon yang mengatakan dia sudah bersama dengan suami dia tanpa ikatan yang sah. Sahabat saya ini masih memberi peluang buat suaminya demi anak-anak. Tapi si suami memang tidak menghargai peluang yang diberi tu, hilang tanpa khabar berita. Tiba-tiba telefon si isteri hanya untuk minta duit. Tabahnya sahabat saya ini. Ya Allah. Ditambah pula keluarga si suami salahkan sahabat saya yang katanya sahabat saya ni tidak pernah memberi peluang suaminya itu berjumpa anak-anak. Padahal, telefon tanya khabar pun tak pernah. Ya Allah, semoga sahabat saya itu terus tabah menghadapi segala cabaran. Semoga rezeki awak dan anak-anak melimpah ruah.

Jangan takut untuk mulakan hidup baru. Jangan meratap bersedih dengan perpisahan yang memberi 1001 luka dan duka. Be brave. Stand up for yourself!

Saya doakan insan-insan disekeliling saya dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan dan di bawah lindungan rahmat Allah selalu.

Maaf, ayat saya berterabur. Masih geram.

Salah satu gambar ketika majlis perkahwinan kakakku. Pink. Sekurang-kurangnya tengok gambar mereka menyejukkan hati ini. xoxo




Love,
Pn Nurul



Wednesday, 26 April 2017

Semoga semuanya dipermudahkan

Bismillah,

Saat ini mak, berada di salah satu wad di HUSM, Kubang Kerian Kelantan. Emak diberi rawatan iodin dan terpaksa bermalam di wad selama dua hari.

Saat ini juga aku berasa amat ralat. Ralat kerana tidak dapat menjaga emak seperti yang aku janjikan sebelum ini. Padahal waktu ini adalah saat-saat genting untuk emak. Sokongan daripada suami dan anak-anak amat berharga buat emak.

Emak perlu berpantang makan dan tidak boleh ada contact dengan orang lain sepanjang tempoh berpantangnya ini. Pemakanan emak ketika ini juga amat cerewet dan perlu dijaga sebaik mungkin supaya rawatan yang diberi ini mendapat impak positif.

Ya Allah, Engkau lindungilah ibuku Ya Allah. Ibu yang menjaga kami ketika kami dalam kandungannya sehinggalah saat ini. Kami sayang dia Ya Allah. Sembuhkanlah setiap penyakit yang ada padanya Ya Allah.

Allah memberi aku peluang untuk pulang ke kampung walau untuk tempoh dua hari. Emak aku lihat amat gembira dengan kehadiran anak-anaknya. Badannya sedikit susut. Mungkin kerana mak berpantang makan. Mak ada bercakap dengan adikku, alangkah baiknya kalau kak huda boleh cuti mula cuti sekarang. Ya Allah. Apa perlu aku buat Ya Allah.

Aku betul-betul ingin berbakti pada kedua orang tuaku. Permudahkanlah Ya Allah.



Love you so much,
Anakmu

Saturday, 22 April 2017

Balik Kampung. Yay!

Bismillah.

Jika diizinkan Allah, aku akan berada bersama keluarga yang tercinta pada esok hari (23/04/2017). Yahhuuuuu! Tiket dah ada, tunggu masa sahaja ni.

Ya Allah, hanya Allah tahu betapa aku rindu. Maaf abang, kekasihmu ini tidak dapat menemani hujung minggumu. Kekekeke *big smile". I am a happy girl right now. Eh, eh, jangan salah faham, bukan tak suka bersama suami, cuma really need my pills to keep me full of energy.

Dapat suami yang memahami memang membahagiakan. Terima kasih abang. Love you more and more. Banyaklah. Banyak sangat.



Susahnya nak cari gambar dia. Semua serius je. Abang, semoga kita tua bersama-sama. Dilimpahi dengan kasih sayang yang berpanjangan dan sentiasa di bawah rahmat Allah selalu. Terima kasih atas segalanya.


Till then,
xoxo



Thursday, 20 April 2017

Rindu

Alhamdulillah.

Aku dikelilingi dengan insan-insan yang sangat penyayang, baik hati, dan positif. Saat ini, aku sangat rindukan keluargaku. Mak, ayah, dan adik beradik.

Mereka adalah tunggak utamaku kekuatanku. Sekarang bateri tenagaku sudah habis. Nak kembali full, mesti kena balik kampung dulu jumpa mak ayah dan adik beradik. Lepas tu mesti energinya lain macam.


Mak dan ayah semasa majlis graduasi adikku Hanisah. Sungguh, bila menatap wajah mereka buat hatiku rapuh. Tersangat rindu. Bercakap melalui telefon setiap hari, atau sesekali video call, masih tidak mampu mengubat rasa rindu ini.

Melihat gambar mereka sudah buat air mataku bergenang. Orang tuaku ini selalu menyokong apa sahaja yang anak-anaknya suka. Tapi jika itu salah, kami pasti akan dinasihati.

Ya Allah, kau kurniakanlah kesihatan yang baik untuk mak dan ayahku, Ya Allah. Kurniakanlah kebahagiaan kepada mereka dunia akhirat. Ya Allah, kami tak mampu membalas jasa mereka Ya Allah, Engkau kurniakanlah juga kesenangan kepada mereka dengan melimpahkan rezeki yang melimpah ruah Ya Allah. Aku sayang mereka Ya Allah. Aku sayang sangat mereka Ya Allah. Semoga mereka sentiasa dibawah rahmatMu Ya Allah.

Pada 24/04/2017 mak akan menjalani rawatan untuk kesihatannya. Permudahkanlah Ya Allah, jangan disulitkan Ya Allah.


Sayang sangat,
Pn Nurul

Friday, 14 April 2017

Bersarang, kena bersih-

Lamanya tak jengah kat sini.

Oleh sebab kesibukan yang melampau semua hal-hal tentang bersenang-lenang ni dilupakan.

Sedikit perkembangan tentang diriku,

i) Masih lagi berdua bersama en suami kesayangan
ii) Masih bekerja ditempat yang sama
iii) En suami sudah ke Port Dickson
iv) Masih tinggal sini
v) Hidayati dah konvo dan pulang ke kampung
vi) Hazirah belum deliver, sudah bersama dengan suaminya di Klang. No more PJJ. PhDnya dalam final stage.
vii) Hassan sudah pulang ke kampung. Tidak lagi bekerja bersama-samaku di sini
viii) Senang cerita, aku keseorangan di bumi Johor ini.

Hari ni kat office ada sambutan hari jadi kecil-kecilan untuk Apr's babies. Sebagai ingatan untuk aku satu hari nanti. Sepanjang aku kerja sini, ini adalah pertama kali diadakan secara official. Kalau sebelum ni tak ada sambutan seperti ini. Kali ini aku incharge untuk kek dan makanan.

Menu utama:

-Nasi goreng cina
-Ayam masak merah
-Sayur kobis/kacang goreng

Buah-buahan:

-Pisang
-Tembikai
-Jambu asam

Minuman:
-Air orange

First sebelum makan-makan, Mr Ling adakan sesi bergambar dulu. Hijau mengerlip. Silau nau.

We are awesome!
Syukur, sebab dapat menjadi sebahagian pasukan ini. Alhamdulillah. Bila kita sudah memahami team kita, semua kerja menjadi mudah. Sokong menyokong diantara satu sama lain.

Sebelum majlis



Ni adalah insan-insan terpilih untuk dilahirkan dalam bulan 4.

a) Mr Ang
b) Mr Jeremy
c) Mr Hari
d) Mr Azizul
e) Ms Sakinah, the only one bunga.

Secara keseluruhannya, semua berpuas hati dengan makanan yang disediakan. Ayam masak merah memang sedap. Makanan ni ditempah daripada mak Suria. Sedap sangat,


Kek hasil tangan kak Intan (jiran) memang terbaik. Sedap sangat. Sampai aku pun tak dapat merasa kek tu. *nangis*
Nasib baik dah selalu makan kek Kak Intan. Jadi tak ada lah terkilan sangat. hee


Terima kasih boss, Mr Chan sebab payung kami.

Lots of love,
Pn Nurul

Friday, 21 October 2016

Fri-yay!

Bismillah..

Dah lama aku tak mencoretkan kata-kata yang tak terkata kat sini. Hari ni Hari Jumaat. Yayy!!
Yay?? Bukankah sudah biasa berdepan dengan penghulu segala hari ini? Ermm..

Mak ayah dan dan adik beradikku akan ke sini aka rumahku esok (22/10/2016). InsyaAllah. Perkhabaran yang sangat menggembirakan bukan. Gembira hati bukan kepalang. Dapat melepaskan rindu dendam yang bertakung disanubari. Eceh.

Mereka datang untuk Majlis Konvokesyen adikku, Hidayati. Jadi untuk meraikan keluargaku yang sanggup datang ke sini, aku akan mengambil cuti pada hari Isnin dan Selasa. Yayy!! Family time.


Bahirah bersama Ateh, kembar kepada Hidayati. Oh. Rindu. Rindu. Nah ambik muah setepek.

Nak resepi yang senang sangat tak?

Ikan Masak Stim

2 ekor ikan bawal/siakap/ atau apa-apa ikan yang disukai. Semua boleh kecuali ikan air tawar
2 ulas bawang besar/merah dicincang dadu
3 ulas bawang putih dicincang dadu
2 biji cili dipotong-potong
8 atau beberapa jumlah kacang bendi
Sos ikan secukup rasa
1 biji lemon dihiris nipis
Garam sikit sebab sos ikan sudah masin

Semua bahan diatas dimasukkan ke dalam pengukus dan set selama 20 minit. Siap. Mudah bukan? Hidangkan dengan nasi panas-panas.


Masa ni saya masak ikan lain. Tapi sudah cukup sedap bagi kami. Bukan siakap atau bawal. Saya memang tak kenal jenis ikan. Semua ikan bagi saya sama saja rupanya. Betul-betul tak pandai nak bezakan. Tugas membeli ikan biasanya saya serahkan pada En Suami. Ehem. Sangat praktikal untuk yang superbusy macam saya.


Till then, xo

Monday, 10 October 2016

Berita Gembira


Wajah-wajah kesayangan hati.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kita masih bernafas di bumi Allah ini. Allah masih kurniakan kesihatan yang baik untuk kita meneruskan ibadah dan tanggungjawab kita kepada Allah.

Cuba teka apa berita yang menggembirakan hati tu??

.

.

.

.

She is pregnant! Who? My lovely sister! Hazirah.

Syukur, alhamdulillah. Satu perasaan yang sangat sukar untuk digambarkan. Terharu dan sebak. Jika Allah sudah catatkan rezeki kita, insyaAllah akan tetap milik kami. Aku yakin dan percaya akan ada rezeki untuk kami suatu hari nanti. Doa, usaha, dan tawakal. Insyaallah ada rezekinya. Mesti yakin dan percaya. Mesti.

Emak dah bagi kata-kata perangsang pada aku awal-awal. Aku rasa emak bimbangkan aku. Mungkin risau yang aku akan bersedih. Tapi mak jangan risaulah. Anak emak ni sangat berlapang dada. Percaya anakandamu ini. Ehemm.. Apa yang jadi semua ada hikmahnya. InsyaAllah ada rezeki buat kami suami isteri. Jika Allah tetapkan tiada, kami masih lagi dapat menumpang kasih sayang anak buah yang comel-comel itu.

Menurut doktor, kandungan adikku berada sedikit ke bawah. Mak aku tak galakkan dia berjalan jauh dan buat kerja-kerja berat. Oleh kerana sayang, aku sediakan sambal kering ikan bilis bimbang dia naik turun tangga tinggi-tinggi.

Nah, resepi mudah versi aku.

Bawang merah/besar - 3 biji (dikisar)
Bawang putih - 2 biji (dikisar)
Cili giling/kering - Sesuka hati/ ikut kepedasan
Kacang tanah - Sesuka hati (Aku suka banyak)
Ikan bilis - Sesuka hati (Pun aku suka banyak)
Garam - Secukup rasa
Gula - Secukup rasa


Kacang digoreng garing



Ikan bilis ini pun digoreng garing



 Tumis cili giling/lada kering. Kemudiannya masukkan bawang yang telah dikisar tadi. Tumis sampai naik minyak. (Aku suka masukkan sedikit kicap).

Agak-agak dah naik minyak, perasakan dengan gula dan garam. Tumis lama sikit supaya tahan lama.



Dah siap, tutup api dan sejukkan sebelum masukkan ikan bilis dan kacang. Kenapa kena sejukkan dulu? Sebab kalau ikan bilis dan kacang dimasukkan ketika panas, akan jadi lemau. Aku suka yang rangup tak suka yang lemau.

Dah siap. Boleh makan dengan nasi dan roti. Sedap. (Walaupun gambarnya tak cantik, tapi rasanya boleh buatkan kita ketagih) sapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan. hehehe =)

Senangkan?

Nah, untuk kamu. Semoga adikku Hazirah dan kandungannya sihat.

Till then, xoxo

Monday, 3 October 2016

Monday Blues

Salam. Semenjak duamenjak ni kehidupan aku dipenuhi dan dilalaikan dengan kesibukan duniawi. Ecece.. Selepas kes ini (suspended for further investigation), pihak pengurusan mengambil keputusan untuk memecat mereka. Sakinah dan aku terpaksa mengambil alih tugas-tugas mereka sedikit sebanyak. Sebenarnya bukan sedikit, banyak dan memaksa jadual tugasan harian kami bertukar 180 darjah.

Ketiga-tiga orang yang dibuang datang daripada jabatan yang sama. Bayangkan dalam satu hari kami kehilangan 3 orang pekerja tanpa ada proses penyerahan tugas. Sehari selepas kejadian, barulah kami dapat tahu banyak sistem yang telah ditukar. Sistem yang ditukar adalah untuk menjalankan modus operandi mereka.

Mereka tidak mampu menjalankan kegiatan tersebut tanpa bantuan pihak luar. Ada dua suppliers raw material yang agak gah namanya di terminate gara-gara bersubahat dalam komplot ini.




Disebalik kesibukan dan keletihan ada pelangi yang menggembirakan hati.

Semoga hari-hari yang mendatang tidak melalaikan dan memesongkan aku dari jalanMu Ya Allah. Tetapkanlah iman kami Ya Allah.